2010-2011 : Jelajah Eropah dan Konsert Fenomena 30 Tahun! (2010-2011) Search

Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah dengan dibarisi ahli kumpulan Amy (penyanyi), Kid (gitar utama), Noordin (gitar irama), Nasir (bes) dan Yazit (drum) melebarkan sayapnya di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]

Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]

Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri seramai 18, 000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12 ,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon Selangor pada 25 Disember 2010.[42]

Search Kembali Dengan Konsert Fenomena 30 Tahun!Setelah 30 tahun bersama, akhirnya Search kembali berteriak dengan Konsert Fenomena 30 Tahun Search yang diadakan pada bulan November & Disember 2011. Search memulakan siri jelajah Konsert Fenomena Search 30 Tahun di Pulau Pinang pada 19 November 2011 dilaporkan 7, 000 orang [perlu rujukan] hadir, Johor Bahru 3 Disember 2011 dilaporkan (siapa?) 10, 000 orang [perlu rujukan] dan berakhir di Kuala Lumpur 17 Disember 2011 iaitu 15, 000 rocker yang datang.[perlu rujukan] Bagi tidak mahu menghampakan peminat Search di Sabah dan Sarawak, Search telah mengumumkan Sambungan Konsert Fenomena Search 30 Tahun Ke Borneo!Search membawa Konsert Fenomena Search 30 Tahun menjelajah ke dua negeri itu. 24 Disember 2011 di Kompleks Sukan Tawau hadiri 10,000 ribu peminat di Sabah dan diikuti Stadium Negeri Kuching, Sarawak, 31 Disember 2011 yang ditaja oleh Red One Sdn. Bhd iaitu konsert akhir ulang tahun ke30 bagi SEARCH 2011 dengan dihadiri 15, 000 peminat yang diadakan di The Mines Seri kembangan Selangor.

Rujukan

WikiPedia: Search http://www.budiey.com/gambar-search-di-sidang-medi... http://news.google.com/newspapers?id=-ZcWAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=5NwxAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=GRAWAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=LLYTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=RbsTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=SboTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=kFAeAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=m7gTAAAAIBAJ&... http://news.google.com/newspapers?id=peYVAAAAIBAJ&...